Nasional

Jambatan baharu beri kemudahan lebih 2,000 penduduk

KUALA KRAI, 24 Jan. – Dua ribu penduduk di sekitar Kampung Pemberian, Kuala Krai, Kelantan, menarik nafas lega apabila jambatan baharu kampung itu siap pembinaannya pada hujung tahun 2020.

Jambatan yang dibina dengan kos RM28.6 juta itu bagi menggantikan jambatan lama yang tidak selamat dan sering ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh menyebabkan penduduk terputus hubungan.

Ia mula dibina pada tahun 2016 dibawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR, Datuk Nik Mohammad Abduh Nik Aziz.

Terletak kira-kira 28 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 1 kilometer dari Simpang Jalan Utama Kuala Krai-Gua Musang dari Kg. Manjor ke Kg. Pemberian, jambatan sepanjang 240 meter itu akan memudahkan perhubungan dan keselamatan penduduk sekitarnya.

“Jambatan ini dinaikkan ketinggiannya sedikit daripada jambatan yang lama dan InshaAllah kalau banjir besar melanda ianya tak akan sampai ke paras jambatan ini berdasarkan jangkaan dan perkiraan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” jelas Mahdzir dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Penduduk kampung terbabit sebelum ini sering terputus hubungan setiap kali banjir melanda di musim tengkujuh yang menenggelamkan jambatan besi yang dibina rendah.

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button