Nasional

Bakul Prihatin Negara KPWKM jalan terus

BAKUL Prihatin Negara terus digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membantu mana-mana individu yang terputus bekalan makanan.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dipertanggungjawabkan dalam membantu orang perseorangan untuk mendapatkan bantuan yang disalurkan menerusi Bakul Prihatin Negara ini.

Mana-mana individu yang memerlukan bantuan, boleh menghubungi JKM setiap hari, dalam waktu bekerja iaitu dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Menurut KPWKM, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dihubungi di talian 03-26124025\03-26124023 manakala JKP Ibu Pejabat Putrajaya boleh dihubungi di 03-83231996.

“JKM Wilayah Persekutuan Labun pula boleh dihubungi di talian 087-424961,” katanya.

Bagi Sabah pula, waktu untuk menghubungi JKM Kudat dan Keningau ialah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, juga setiap hari.

JKM Kudat termasuk daerah Kota Marudu, Matunggong dan Pitas dan nombor JKM Kudat untuk dihubungi adalah 088-611798.

“JKM Keningau boleh dihubungi di dua talian iaitu 087-331224 atau 087-341225,” ujarnya.

Daerah-daerah di bawah JKM Keningau termasuk Tambunan, Sook, Nabawan, Tenom dan Kemabong. – SM

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button