Nasional

Polis Melaka tahan tujuh bookie Piala Dunia 2022

Seramai tujuh bookie atau ‘punter’ yang terbabit dalam kegiatan pertaruhan Piala Dunia Qatar 2022 ditahan polis dalam serbuan dari 19 hingga 29 November menerusi Op Soga IX.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, tujuh lelaki yang ditahan adalah warga tempatan berusia antara hingga 46 tahun.

“Dalam enam serbuan yang dilakukan di sekitar Melaka polis berjaya merampas sejumlah wang bernilai RM4,416 dan tujuh buah telefon bimbit.

“Operasi yang dijalankan adalah bagi mengekang perjudian bola sepak dan kegiatan catit taruh tanpa lesen yang sah sepanjang kejohanan Piala Dunia berlangsung di Qatar,” ujarnya di sini hari ini.

Zainol berkata, kes tersebut disiasat di bawah Sesyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 terhadap bookie pertaruhan.

Katanya, sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM20,000 dan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun.

Menurutnya, fokus utama Op Soga IX adalah untuk membanteras kegiatan catit taruh tanpa lesen yang sah sepanjang Piala Dunia Qatar 2022.

Jelasnya, polis Melaka begitu komited dalam mencegah dan membanteras aktiviti perjudian serta pertaruhan melibatkan kejohannan utama seperti Piala Dunia 2022 yang kini sedang berlangsung di Qatar. – SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button