Uncategorized

PH/UMNO gagal sekat kebangkitan orang Melayu di enam negeri

1.  Keputusan PRN 6 Negeri sudah diketahui semalam, dengan Perikatan Nasional menang 3 Negeri iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala, Pakatan Harapan dengan sokongan dari Barisan Nasional berjaya mempertahankan 3 Negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

2.  Mahfuz Omar (PH), 3 hari sebelum hari mengundi dengan sombongnya menyatakan bahawa PH-BN ada 16 kerusi DUN dalam tangan dan hanya memerlukan 3 kerusi sahaja lagi untuk memerintah Negeri Kedah, telah tewas teruk di DUN Alor Mengkudu.

Sebaliknya PN Kedah hampir-hampir berjaya menyapu-bersih kesemua kerusi di Kedah dengan menang 33 kerusi.

PH Kedah hanya mampu menang 3 kerusi di Kedah.

Dan BN tewas kesemua kerusi yang ditandingi di Negeri Kedah.

3.  Di Negeri Kelantan, seperti ramalan awal saya, PH-BN hanya berupaya menang 2 kerusi sahaja iaitu 1 kerusi dimenangi oleh UMNO dan 1 kerusi oleh Amanah.

PN sapu 43 kerusi di Negeri Kelantan.

4.  Manakala, keadaan situasi bertambah parah untuk UMNO di Negeri Terengganu, apabila Perikatan Nasional sapu-bersih kesemua kerusi-kerusi di Terengganu termasuk Kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti lebih drp. 47,000 undi.

UMNO 0 kerusi di Terengganu.

5.  Di Pulau Pinang, PN berjaya menang 11 kerusi majoriti Melayu.

Manakala, PH menang 27 kerusi.

Dan BN-UMNO menang hanya 2 kerusi drp. 6 yang ditandingi.

6.  Di Negeri Selangor, PN menang 22 kerusi.

PH menang 32 kerusi.

Dan UMNO menang hanya 2 kerusi drp. 12 yang ditandingi.

7.  Di 5 Negeri ini, BN-UMNO hanya menang 5 kerusi sahaja.

Nasib baiklah, BN-UMNO menang 14 kerusi di Negeri Sembilan, menjadikan jumlah kedudukkan kerusi BN-UMNO di 6 Negeri sebanyak 19 kerusi drp. 108 kerusi yang ditandingi iaitu 17.59% peratus sahaja.

8.  Parti PAS pula menang 105 kerusi drp. 127 yang ditandingi iaitu bersamaan dengan 82.68% peratus.

BERSATU pula menang 40 kerusi drp. 82 yang ditandingi.

9.  Manakala, Parti yang paling Cemerlang didalam PRN ini ialah Parti DAP dengan kemenangan 46 kerusi drp. 47 kerusi yang ditandingi iaitu 97.87% peratus.

DAP hanya kalah 1 kerusi iaitu di Bakar Arang, Kedah.

10.  Manakala, dari segi Jumlah Undi Popular, PN berjaya meraih 3,382,455 undi.

PH meraih 2,477,668 undi.

Dan BN-UMNO hanya 921,804 undi sahaja.

11.  Secara keseluruhannya, Parti PKR menang 26 kerusi.

AMANAH menang 8 kerusi.

Dan Parti Gerakan menang 1 kerusi. Di Kulim, Kedah.

12.  Di Negeri Sembilan, UMNO menang 14 kerusi DUN.

DAP menang 11.

PKR menang 5.

Dan AMANAH menang 1 kerusi.

Sebagai parti terbesar dalam Gabungan ini, dilihat UMNO berkemungkinan besar mahukan Datuk Jalaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru.

13.  Secara keseluruhannya, Perikatan Nasional telah berjaya mendapat sokongan yang besar dari Pengundi-pengundi Melayu di ke Enam-Enam buah Negeri dengan pertambahan kerusi-kerusi DUN.

14.  PERIKATAN NASIONAL telah berjaya membuktikan dominan mereka di Negeri-Negeri Melayu seperti di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dengan Parti PAS menang dengan bergaya.

Iaitu PAS menang 21 kerusi di Kedah drp. 21 yang ditandingi. 100%.

Di Terengganu, PAS menang 27 kerusi drp. 27 ditandingi iaitu kemenangan 100%.

Manakala, di Negeri Kelantan, PAS menang 37 drp. 39 ditandingi. Iaitu PAS hanya kalah 2 kerusi sahaja.

15.  Di PRN 6 Negeri ini, BARISAN NASIONAL ataupun UMNO merupakan parti politik yang paling KALAH TERUK.

Hanya menang 19 kerusi drp. 108 yang ditandingi.

Ini jelas memperlihatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi kini menjadi liability kepada UMNO dan Gabungan Kerajaan Perpaduan.

16.  Orang-Orang Melayu jelas memperlihatkan bahawa mereka MENOLAK Kepimpinan Zahid Hamidi didalam PRN 6 Negeri ini.

Manakala, Orang-Orang Cina solid (kukuh) mempertahankan kerusi-kerusi Parti DAP.

17.  Akhirnya, Analisa keseluruhan saya mendapati bahawa UMNO dan Pakatan Harapan GAGAL menyekat kebangkitan Orang-Orang Melayu terhadap Perikatan Nasional di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor.

REFERENDUM ataupun Pungutan Suara terhadap KERAJAAN PERPADUAN sedikit sebanyak telah berjaya.

Orang-Orang Melayu MENOLAK  Kerajaan Persekutuan yang Gagal dan Tidak Mempunyai Hala Tuju untuk memulihkan Ekonomi Negara.

Dan Akhirnya, Aura dan Fenomena SANUSI MOHD. NOR berjaya menarik minat orang-orang Kedah untuk bangkit mempertahankan Negeri Kedah mereka.

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button