Nasionalpilihan

Polis lepaskan tembakan sebelum tahan lelaki terlibat sindiket pengedaran dadah

POLIS terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah cuba melarikan diri di Cheras pada 22 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.05 petang.

“Ketika kejadian, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman cuma menahan sebuah kereta jenis Toyota yang dipandu seorang lelaki di hadapan pos  pengawal Taman Bayu Mas, Cheras Hartamas Cheras.

“Suspek enggan memberi kerjasama untuk memberhentikan kenderaan dan bertindak melarikan diri dengan memecut kenderaannya,” katanya.

Menurut Zaid, susulan daripada tindakan suspek, polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaannya.


Jelasnya, suspek kemudian telah meloloskan diri sebelum dikejar dan berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Suspek kini masih ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian bolehb berhubun terus dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal di talian 016-9985730. -SM

(Visited 77 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button