Politik

Polis kesan pemilik akaun Facebook Malaysia Negara Ku, bantu siasatan kes pemimpin politik langgar SOP kempen PRN Johor

Polis telah memanggil penganjur “Santai Bersama Bossku” dan pemilik restoran tempat program itu diadakan atas kegagalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kluang Low Hang Seng tidak menyatakan secara khusus individu dan parti politik yang terlibat.

Low bagaimanapun merujuk kepada rakaman video 15 saat yang dimuat naik di Facebook, yang menunjukkan kehadiran yang ramai di Ngepot Kabin, sebuah restoran popular di Kluang, Johor.

“Polis telah mengesan satu rakaman video tular berdurasi 15 saat yang dimuat naik pemilik akaun Facebook ‘Malaysia Negara Ku’.

“Video itu jelas memaparkan satu majlis membabitkan sebuah parti politik sedang berkumpul di sebuah premis di Kampung Masjid Lama, Kluang, Johor yang dipercayai diadakan pada 5 Mac, lebih kurang jam sembilan malam.

“Hasil pemantauan video jelas menunjukkan aktiviti tersebut telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan tidak melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan ketua pengarah kesihatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Video program Najib dikongsi di media sosial https://www.facebook.com/100073475575880/videos/476712447499937/

Low berkata lagi, pemilik restoran dan penganjur program telah dikenal pasti dan dipanggil ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kluang untuk siasaan lanjut.

Dia turut menggesa semua parti politik dan penyokong agar mematuhi SOP bagi menangani wabak Covid-19.

Pada 5 Mac lalu, bekas perdana menteri Najib Razak berkunjung ke Ngepot Cabin bagi sesi pertemuan dengan penyokong.

Turut hadir adalah calon BN bagi DUN Mengkibol Kelly Chye Pei Yee.

Program itu turut menampilkan persembahan secara langsung dan hadirin kebanyakannya memakai pakaian dengan warna biru BN.

Najib turut mengongsikan video kunjungannya.

https://www.facebook.com/watch/?v=1640210736355952

Najib yang telah disabit bersalah atas tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna berkuasa dilihat giat berkempen untuk BN dalam PRN Johor.

Dia kini dalam proses rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta. “Malu apa bossku” adalah slogan yang digunakannya untuk menjenamakan semula imejnya selepas tewas dalam PRU 2018

Kempen PRN Johor bermula 26 Februari lalu dan pengundi akan membuat pilihan mereka pada 12 Mac ini.

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button