Nasional

Lima ditahan terlibat dalam perjudian atas talian

Lima lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian dalam talian yang beroperasi dari sebuah ‘pusat panggilan’ di Pangsapuri Tepian Bayu, Jalan Sultanah Aminah, Marina Cove, di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua penduduk tempatan berusia antara 20 dan 40 tahun itu ditahan pada pukul 6 petang dalam serbuan yang dilakukan sepasukan ibu pejabat polis negeri.

“Premis yang diserbu berfungsi sebagai pusat panggilan yang menawarkan aktiviti perjudian dalam talian menerusi dua laman web iaitu www.89rich8888.com dan www.tgr138.com.

“Sindiket itu juga didapati mempunyai kutipan harian sehingga RM15,000 dengan menyasarkan pelanggan dari Singapura. Premis itu dipercayai telah beroperasi sejak Mac 2022,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas empat komputer riba, 20 telefon bimbit, tiga modem wifi, dua kad akses dan wang tunai RM3,950 dalam serbuan itu.

“Semua suspek direman empat hari mulai Rabu mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kejayaan operasi ini adalah hasil risikan yang dikumpul polis dan aduan orang ramai.

“Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti perjudian dalam talian ke balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis Johor di talian 07-2212999 atau 07-2254677,” katanya.

Kamarul Zaman juga berkata 308 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan dadah menerusi operasi khas yang dijalankan di seluruh Johor bermula Isnin (26 Sept) sehingga tengah malam semalam.

Beliau berkata individu yang ditahan terdiri daripada 295 lelaki dan 13 wanita berusia 25 hingga 60 tahun.

“Kesemua dadah terbabit dianggarkan bernilai RM40,903.50,” katanya sambil menambah sejak 1 Jan lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor telah menahan 10,903 individu atas pelbagai kesalahan dadah, membabitkan rampasan dadah bernilai RM12.3 juta dan sindiket dadah. Aset bernilai RM7.47.

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button