fbpx


Luar Negara

Polis Indonesia tak akan halang ijtimak tabligh di Sulawesi

POLIS Indonesia tidak akan membubarkan acara Ijtimak Dunia Zon Asia di Gowa, Sulawesi Selatan kerana kesannya lebih besar kepada masyarakat.

Ijtimak itu turut dihadiri oleh jemaah tabligh dari Malaysia.

Pihak polis tidak pernah memberikan kebenaran kepada acara, tetapi pihak penganjur tetap mahu kegiatan itu diteruskan.

BERITA BERKAITAN: Rakyat Malaysia dipercayai sertai perhimpunan tabligh di Sulawesi

“Kami tidak mengeluarkan izin. Tapi kelihatannya mereka memaksakan untuk melanjutkan kegiatannya,” kata Ketua Polis Daerah Sulawesi Selatan, Guntur Laupe kepada detikcom.


Namun kata Guntur, jika perhimpunan itu diarahkan bubar dibimbangi akan memberi kesan lebih buruk kepada masyarakat.

“Boleh saja kami melarang dan mengarahkan ia dihentikan. Tetatpi mudaratnya lebih besar daripada baiknya.

“Kenapa? Jemaah nanti keluar dari sana akan singgah di seluruh masjid di Makassae dan akan dijadikan tempaat singgah mereka. Pasti begitu,” katanya.

Walaupun tidak memberikan kebenaran katanya, polis tetap mengawal lokasi perhimpunan itu. – detikcom

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button