KemalanganNasionalNegeri

Warga emas maut terperosok bawah treler

SEORANG warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terperosok ke bawah treler dalam kemalangan di Semambu, Kuantan pagi semalam.

Mangsa, P Rajakamaran, 62, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala pemboncengnya, V Kartikhesu, 18, dan pemandu treler, Muhamad Alif Jani, 30, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler tanpa muatan itu dalam perjalanan dari arah Jalan Industri Semambu 6 menghala Jalan Industri Semambu 5.

Sebaik tiba di tempat kejadian, katanya, treler itu membelok ke kiri untuk memasuki simpang ke Jalan Industri Semambu 5.

“Motosikal jenis Demak EX90 yang dinaiki mangsa bersama pembonceng yang datang dari arah sama terlanggar bahagian tayar hadapan treler berkenaan.

“Mangsa jatuh terperosok di bawah kenderaan itu bersama motosikalnya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah dialaminya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – FMT – SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button