Nasional

Format SPM untuk 2020 kekal

FORMAT peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 tidak berubah, ia kekal seperti sedia ada.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan menegaska  laporan sebuah akhbar tempatan menerusi artikel bertajuk ‘Wajah Baharu SPM’, ‘SPM Bakal Dirombak’ dan ‘Peperiksaan Boleh Buka Buku’ semalam, ia menjelaskan, tidak pernah membuat sebarang pengesahan berkaitan format peperiksaan itu pada masa hadapan.

“Lembaga Peperiksaan mendapati tajuk dan laporan akhbar ini telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai, khususnya calon peperiksaan SPM 2020.

“Lembaga Peperiksaan akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai jika terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran,” kata agensi itu.

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button