Nasional

JPN Terengganu arah semua aktiviti luar di sekolah ditangguh sementara

JABATAN Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengarahkan semua aktiviti luar di sekolah-sekolah ditangguhkan sementara disebabkan cuaca panas ketika ini.

Pengarahnya, Abdul Muie Ngah berkata, pihaknya memandang serius situasi panas melampau ketika ini.

Dan arahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Terengganu itu adalah bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pelajar dan guru.

Beliau berkata, pihaknya mendapati suhu di Terengganu masih terkawal dan tidak melebihi 37 darjah Celsius setakat ini.

Katanya, hujan yang melanda Terengganu sejak dua hari lalu sedikit sebanyak membantu mengurangkan situasi panas melampau.

“Alhamdulillah, setakat ini tiada laporan daripada PPD yang memerlukan sekolah ditutup akibat fenomena panas sebaliknya sesi persekolahan boleh diteruskan seperti biasa.

“Bagaimanapun, kita juga merujuk apa jua keputusan dibuat dan arahan dikeluarkan Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan memberi kebenaran khas kepada pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya berpakaian sukan semasa cuaca panas dan kering ketika ini.

Murid yang berpakaian seragam sekolah pula tidak diwajibkan memakai tali leher memandangkan keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan. – SM

BACA Waspada bakar jerami cuaca panas kering semakin ekstrem – Ruhisha

BACA KPM benarkan murid, guru pakai pakaian sukan dalam cuaca panas kering

 

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button