Nasional

Polis cari waris mangsa kemalangan di Simpang Pulai

WARIS kepada tujuh mangsa yang maut serta tiga lagi ang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan Perodua Alza di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, petang semalam masih belum di kenal pasti.

Sehingga tengah malam tadi polis sedang mengenal pasti waris kepada tujuh mangsa itu.

Setakat ini identiti kesemua mangsa belum dapat dipastikan dan setakat ini, polis hanya mengenal pasti pemilik kenderaan yang beralamat di Mukim Terap, Kampung Badlishah di Serdang, Kedah.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner  Asmadi Abdul Aziz memberitahu berdasarkan soal siasat terhadap pemilik itu, polis mendapati seorang daripada mangsa dipercayai telah meminjam kenderaannya.

Mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki dewasa, tiga wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan manakala mereka yang cedera membabitkan seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak.

Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 4 hingga 50 tahun.

“Mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Asamdi ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik hospital itu seperti yang dipetik daripada BERNAMA di Ipoh malam tadi.

Asmadi berkata dalam nahas pada 5.30 petang itu, difahamkan kenderaan Perodua Alza yang datang dari arah Cameron Highlands dipercayai dalam perjalanan ke Kedah telah terbabas ke lorong bertentangan sebelum melanggar treler.

“Siasatan awal mendapati terdapat kesan bahawa kenderaan itu memasuki laluan yang salah namun siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca serta sebab terlanggar terus terbalik.

“Kita mengharapkan sesiapa yang melihat kejadian ini dapat tampil kepada kita,” katanya sambil menambah kesemua mangsa yang maut akan dibedah siasat pagi ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

(Visited 634 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button