Jenayah

Polis cadang pertuduhan terhadap wanita dakwa dua pelajar mati akibat vaksin

Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang dakwa kematian dua pelajar di Perak disebabkan suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek yang berusia 39 tahun telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, semalam.

Menurut Mior Farid, semasa rakaman percakapan diambil, wanita terbabit mengaku ada membuat kenyataan seperti mana yang terkandung dalam video tersebut.

Justeru, pihaknya mungkin akan mencadangkan untuk pertuduhan dijalankan ke atas wanita itu.

“Kenyataan yang diberikan suspek bukan sahaja tidak tepat malah tidak benar sama sekali. Dua pelajar terbabit meninggal dunia bukan disebabkan vaksin kerana mereka sendiri belum menerima suntikan berkenaan.

“Kita akan cadangkan kepada peguam negara atau pengarah pendakwaan negeri untuk tuduh suspek terbabit,” katanya.

Selain wanita terbabit, polis uga telah merakam percakapan pegawai kesihatan Ulu Kinta, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai dan pegawai perubatan yang merawat dua pelajar terbabit.

Ibu bapa pelajar tersebut turut dipanggil untuk dirakam keterangan serta saksi lain yang berada bersama wanita itu ketika dia membuat kenyataan dalam video tular berkenaan.

Tambah Mior Faridalathrash, pihak polis sedang melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Pada 29 September lalu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan setelah menerima dua laporan daripada Pegawai Pendidikan (Kesihatan) Daerah Ipoh dan pengetua SMK Tasek Damai.

Laporan itu berkaitan ketidakpuasan hati terhadap dakwaan kematian dua pelajar sekolah itu yang didakwa disebabkan suntikan vaksin.

Video berdurasi 1 minit 38 saat yang tular sejak Selasa lalu dipercayai dirakam dalam sebuah majlis yang diadakan di Putrajaya sebagai tanda solidariti menuntut hak supaya pelajar tidak diwajibkan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi video tersebut, seorang wanita dalam ucapannya kepada sekumpulan individu mendakwa berlaku dua kes kematian pelajar SMK Tasek Damai disebabkan pengambilan suntikan vaksin.-SM

 

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button