Nasional

Polis buru suspek dua kes ragut di Econsave Balakong

POLIS sedang memburu suspek yang dipercayai terlibat dengan dua kes ragut di hadapan Econsave Batu 11, Balakong pada 11 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima dua laporan berkaitan kes ragut di kawasan tersebut.

“Kedua-dua kes melibatkan wanita tempatan yang diragut ketika dalam perjalanan menuju ke tempat letak kenderaan.

“Dalam kedua-dua kejadian itu, mangsa telah kehilangan barang kemas, barang peribadi ,wang tunai serta kunci kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, kes kini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan pihaknya percaya peragut bagi kedua-dua kes adalah individu yang sama.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diseru untuk berhubung dengan mana-mana balai polis atau terus berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Sarjan Zharif Shah di talian 012-5925390. -SM

(Visited 638 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button