JenayahNasional

Polis buru lelaki samseng baling objek ke arah kenderaan

PERBUATAN melempar atau membaling objek ke arah kenderaan bukan hanya tindakan tidak bertanggungjawab tetapi ia boleh mengundang padah kepada kenderaan yang terkena objek yang dilempar.

Gelagat samseng seorang lelaki yang dikesan cuba membaling objek ke arah sebuah kenderaan lain telah dirakam.

Perbuatan samseng lelaki itu dirakam di Jalan Temiang-Pantai, Seremban, semalam.

Rakaman video berdurasi 11 saat yang tular di media sosial dipercayai berlaku selepas pemandu kenderaan terbabit membunyikan hon kepada sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada tengah hari semalam.

“Terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di laluan kecemasan di lokasi kejadian.

“Pada masa sama, rakaman dari kamera papan pemuka turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba membaling objek ke arah kenderaan perakam,” katanya.

Menurut beliau, bertindak atas rakaman yang diperoleh, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pesalah yang terlibat.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan halangan di atas jalan yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya. – Sinar Harian – SM

(Visited 548 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button