Nasional

Polis buru lelaki lakukan onani depan penumpang dalam LRT

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang telah menunjukkan kemaluan dan melakukan aksi onani di dalam transit aliran ringan (LRT) di Subang Jaya pada 4 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Amihizam Abdul Shukor berkata, video yang memaparkan aksi lelaki tersebut juga telah tular di laman sosial.

“Susulan itu, seorang wanita yang juga saksi dan penumpang dalam LRT telah membuat laporan polis.

“Menerusi laporan itu, kejadian didapati berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika pengadu menaiki LRT dari Stesen Alam Megah menuju ke Stesen Taman Melawati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amihizam, semasa melalui Stesen USJ 21, Subang Jaya, suspek telah datang dan duduk di kerusi berhadapan dengan pengadu.


Ujarnya, lelaki itu kemudian telah melakukan aksi tidak senonoh itu dan pengadu juga sempat merakam sebahagian daripada tindakan lelaki tersebut.

“Sehingga kini, identiti suspek masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” kataya.

Tambahnya, orang ramai juga dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat kepada polis menerusi nombor telefon Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343. -SM

(Visited 605 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button