Nasional

Polis buru lelaki buang kepercayaan Hindu

KULAI – Polis sedang memburu seorang lelaki kerana dipercayai bertindak membuang sebuah patung kepercayaan masyarakat Hindu dalam satu kejadian di Taman Scientex, Senai di sini, pada 15 Mei lalu.

Perbuatan lelaki itu dipercayai terbongkar selepas satu rakaman video yang memaparkan kelakuan tidak bermoralnya itu tular di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu oleh pengadu yang juga pemilik patung berkenaan.

“Polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berkenaan rakaman kejadian itu pada jam 4.30 petang, 15 Mei lalu. Kejadian itu berlaku pada jam 9 pagi di hadapan rumah lelaki terbabit.

“Berdasarkan keterangan pengadu, patung ‘Dewa Ganesh’ itu diletakkan di luar halaman rumah untuk tujuan hiasan dan bukannya untuk tujuan sembahyang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Menerusi rakaman video berdurasi 42 saat yang tular itu memaparkan perbuatan suspek yang lalu di kawasan rumah pengadu sebelum bertindak mengambil patung berkenaan dan meletakkannya di dalam tong sampah berhampiran.

Beng Yeow bagaimanapun berkata, pengadu memaklumkan tiada sebarang kerosakan ke atas patung tersebut dan ia telah diletakkan kembali ke tempat asal.

“Salinan rakaman CCTV kejadian itu telah diambil pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

“Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

(Visited 199 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button