Nasional

Malaysia jangka peluang perdagangan, pelaburan luas bagi Malaysia-UAE – Zafrul

Malaysia meramalkan peluang perdagangan dan pelaburan yang luas untuk dimanfaatkan oleh Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
UAE sering menjadi laluan kepada Malaysia untuk memasuki pasaran Asia Barat, katanya sambil memaklumkan bahawa dari segi pelaburan, ketika ini UAE adalah pelabur terbesar di Malaysia dari rantau Asia Barat dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam.
“Sehingga kini, pelaburan yang dilaksanakan dari UAE berjumlah sehingga AS$388.8 juta (RM1.48 bilion) dalam pelbagai projek pembuatan di Malaysia,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada pertemuan meja bulat antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pemimpin industri di UAE pada Khamis.
Hadir sama ialah Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Negeri bagi Perdagangan Asing UAE Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi.
Anwar berkata ASEAN menawarkan potensi besar berikutan mempunyai penduduk sebanyak 678 juta dan kombinasi Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah AS$3.7 trilion pada 2022.
(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button