Nasional

Empat kereta terbakar dalam dua kejadian

Empat buah kereta dilaporkan terbakar dalam dua kejadian berasingan di ibu negara awal pagi tadi.

Kebakaran pertama melibatkan tiga buah kereta yang ditletakkan di bahu jalan di Jalan Putramas Off Jalan Kuching.

Komander Operasi, S. Thirugaiyah Saminathan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.19 pagi.

terbakar
Gambar kebakaran melibatkan tiga buah kereta di Jalan Putramas Off Jalan Kuching – Gambar ihsan JBPM KL

“Operasi pemadaman dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul bersama BBP Sri hartamas dengan anggota seramai 18 orang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat tiga buah kereta telah musnah terbakar dan tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, satu lagi kebakaran melibatkan sebuah kereta yang diparkir berlaku di Blok F, Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Jalan Kampung Pasir.

BACA> Pencarian 2 lagi mangsa hilang bot dibadai ribut diteruskan

Komander Operasi, Salmi Abdul Mukti berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-ira pukul 4.24 pagi.

“Tiga jentera telah dikerah ke lokasi kejadian iaitu dari BBP Pantai dan BBP Seputeh dengan kekuatan anggota sebanyak 19 orang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati terdapat sebuah kereta yang diletakkan berhampiran tempat pembuangan sampah terbakar.

terbakar
Keadaan kereta yang terbakar di Blok F, Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Jalan Kampung Pasir. – Gambar ihsan JBPM KL

“Kemusnahan kereta dianggarkan sebanyak 30 peratus dan kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa,” jelasnya.

Punca kebakaran bagi kedua-dua kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

(Visited 483 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button