NegeriRencah Hidup

Warga emas hasilkan kraf, lukisan untuk “galeri” Hari Kebangsaan

TANGGAL 31 OGOS bakal kembali. Sebagai penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan negara yang telah dikecapi selama 66 tahun seharusnya ia disambut dengan penuh semangat oleh setiap warganegara.

Semangat luar biasa ini dilihat pada dua warga emas iaitu Mahsuri Mahmood, 65 yang bergandingan dengan bapa saudaranya Rosli @ Rasli Ludin, 74 yang tinggal di Kampung Wang Besar, Bintong, Perlis.

Mahsuri dan Rosli di hadapan “Gerbang Kemerdekaan” yang memuatkan “galeri kecil” sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Kampung Wang Besar, Bintong, Kangar, Perlis.

Apa yang menarik cara sambutan dua warga emas ini sangat berbeza.

Sekalipun kibaran Jalur Gemilang memenuhi jalan masuk ke rumah Mahsuri sehingga ke kawasan sekitar rumahnya tetapi ia masih belum mencukupi pada mereka berdua.

Sebenarnya keduanya telah bertungkus-lumus sejak sebulan lalu bagi menghasilkan kraf tangan dan juga lukisan dari barang terbuang untuk dipamerkan pada “galeri kecil” bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan.

Inilah “galeri kecil” yang menempatkan kraf dan lukisan hasil usaha Mahsuri dan Rosli bagi sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Kebetulan Mahsuri berkebolehan menghasilkan bunga tiruan manakala Rosli pula handal melukis.

Idea warga emas ini memang hebat, cara sambutan lain dari yang lain, sekaligus membuktikan semangat ini wajar menjadi contoh kepada rakyat Malaysia yang lain.

“Saya memang ada konsep pada setiap kali sambutan Hari Kebangsaan di mana pada tahun ini ia bertemakan “Gerbang Kemerdekaan”, ujarnya ketika ditemui wartawan Suara Merdeka.

Barangan lama juga terdapat dalam “galeri kecil” sempena sambutan Hari Kebangsaan yang diusahakan oleh Mahsuri dan Rosli di Kampung Wang Besar, Bintong, Kangar, Perlis.

Kata Mahsuri, dari “Gerbang Kemerdekaan” ia sebagai pintu masuk ke “galeri kecil” yang dipenuhi dengan kraf tangan dan lukisan yang tertera dengan perkataan yang mampu membangkitkan semangat kemerdekaan.

Beliau berkata, ada juga sudut “Seni Warisan” yang diletakkan peralatan lama seperti mesin taip, mangkuk tingkat, pinggan dan juga bekas pinang sekaligus mengingatkan kepada zaman dahulu sebelum negara capai kemerdekaan.

Mahsuri menggunakan sudu dan botol plastik yang dijadikan sebagai bunga tulip dan bunga raya yang dicat dalam pelbagai warna.

Rosli melukis bendera di permukaan meja batu di sebuah lagi pondok di rumah Mahsuri di Kampung Wang Besar, Bintong, Kangar, Perlis

“Jaring bungkusan bawang dijadikan sebagai bunga raya manakala tangkai pula dari tali mesin rumput,” katanya merupakan seorang pesara kerajaan.

Sementara Rosli pula lebih fokus terhadap melukis ke atas bahan terbuang.

“Kali ini saya melukis pada jam dinding dan juga bebola lampu,” katanya.

Selain itu beliau juga melukis perkataan “‘Malaysia Madani” pada kepingan jubin lantai selain menggunakan pasu lama.

Jubin yang dilukis logo Malaysia Madani diletakkan di sebuah pondok dalam kawasan rumah Mahsuri di Kampung Wang Besar, Bintong, Kangar, Perlis

 

Malah Rosli juga melukis Jalur Gemilang dan juga bendera setiap negeri pada meja batu bersebelahan pondok di kawasan rumah Mahsuri.

Kata Mahsuri beliau dan Rosli mengambil masa sebulan bagi menyiapkan semua ini sebagai membukti kecintaan terhadap negara Malaysia.

Jubin yang dilukis logo Malaysia Madani diletakkan di sebuah pondok dalam kawasan rumah Mahsuri di Kampung Wang Besar, Bintong, Kangar, Perlis

Hanya RM300 sahaja dibelanjakan oleh warga emas ini bagi teemasuk membeli Jalur Gemilang yang baharu serta cat. – SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button