GajetNasionalpilihanTeknologi

Semua iPhone 15 yang akan dijual pada 2023 akan dilengkapi Dynamic Island

Pada iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max, Apple telah memperkenalkan rekaan skrin baharu yang menyertakan lubang “pil”, dan bersama dengannya adalah sokongan perisian yang menjadikan bahagian berkenaan interaktif, melalui apa yang dinamakan Dynamic Island.

Melalui ciri tersebut, bahagian skrin berlubang tersebut dilengkapkan dengan sokongan notifikasi dan paparan pantas – menjadikan ia sangat menarik, dan berbeza berbanding sejumlah peranti lain di pasaran.

Ciri ini juga turut menarik minat ramai dalam mendapatkan model iPhone 14 Pro, berbanding versi biasa.

Kini, mengikut penganalisa Ross Young, Apple dijangka menyertakan ciri Dynamic Island ini pada keseluruhan model iPhone 15 yang bakal diperkenalkan pada 2023 kelak.

Ini bermakna, ciri tersebut turut akan diperluaskan ke model bukan “Pro” pada tahun 2023.

Memandangkan terdapat tempoh hampir setahun lagi sebelum pengenalannya, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan telefon pintar Apple ini.

Kredit: amanz.my

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button