Travel

Pokok Rhu Bakal Hiasi Alam Sekitar & Tapak Perkhemahan Di Taman Eko Rimba Teluk Arong

POKOK rhu yang ditanam di Taman Eko Rimba Teluk Arong mampu menjadi tarikan baharu dalam sektor pelancongan di Johor.

Memetik laporan BERNAMA, Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Datuk Salim Aman berkata, pihaknya mengambil inspirasi daripada landskap di Pulau Nami, Korea Selatan yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong dari seluruh dunia.

“Pihak kami memilih pokok rhu untuk ditanam di kawasan Taman Eko Rimba ini bagi memastikannya menjadi tarikan baharu kepada pengunjung.

“Taman ini masih dalam proses pembangunan dan akan dilengkapi dengan kemudahan awam termasuk tandas. Selain itu, kita turut mencadangkan konsep perkhemahan kereta dibangunkan di taman tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Penubuhan Taman Eko Rimba Telok Arong oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad

Salim berkata terdapat empat komponen pembangunan di kawasan tersebut iaitu Kompleks Hutan Taman Negeri Arong, trek pendakian Gunung Arong, kawasan restorasi dan Taman Eko Rimba Teluk Arong yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

Tambahnya, pusat ekopelancongan itu turut mampu memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, Hasni berkata sebuah pusat pengajian tinggi berasaskan bidang marin juga berpotensi untuk dibangunkan di daerah itu selain daripada sektor pelancongan.

“Saya bersama Pegawai Daerah Mersing, Mohd Radzi Mohd Amin telah berbincang mengenai pusat pengajian tinggi ini. Ia kan menyerlahkan lagi khazanah negeri ini sekali gus meningkatkan pembangunan setempat,” katanya. -SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button