Nasional

KMUM Tawarkan Diri Untuk Jadi Penganjur Debat Najib VS Anwar

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menawarkan untuk menjadi penganjur sesi perdebatan antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim isu `bail out’ Sapura Energy.

KMUM dalam kenyataan berkata, sebagai badan persatuan mahasiswa yang meraikan program bersifat keilmuan dan pendapat, pihaknya mahu menjadi penganjur bagi sesi perdebatan tokoh politik tanah air.

“KMUM menawarkan diri atas kapasiti organisasi sebagai entiti neutral yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan mampu memberi keyakinan kepada rakyat.

“Dengan itu, kami menjemput kedua-dua tokoh untuk menerima pelawaan KMUM sebagai penganjur bagi sesi debat yang bersejarah ini,” kata kenyataan itu.

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button