Bola SepakSukan

Pogba kekal bersama United – Raiola

PAUL POGBA akan kekal di Manchester United, musim panas ini, menurut ejen pemain tersebut, Mino Raiola.
Pemain Perancis itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford buat kali kedua, dengan skuad bimbingan Zenedine Zidane, Real Madrid dikatakan sebagai potensi destinasi Pogba.
Spekulasi Pogba akan meninggalkan United telah bermula sejak Jose Mourinho masih mengendalikan kelab itu lagi dan pemain tersebut kerap ditimpa kecederaan sewaktu di bawah teraju Ole Gunnar Solskjaer.
Bagaimanapun, dia sempat pulih sebelum kempen Liga Perdana Inggeris berakhir yang turut menyaksikan kegagalan kelab itu menjuarai Liga Europa, dan Raiola kini berkata, bahawa pemenang Piala Dunia itu akan kekal bersama United serta bersedia mengadakan rundingan untuk perjanjian baharu dalam masa terdekat ini.
“Paul Pogba akan kekal di Manchester United. Pogba adalah tonggak Manchester United, mereka mempunyai projek penting dan dia 100 peratus terlibat sama.
“United tidak menerima sebarang bidaan pada musim panas ini bagi menjual Pogba. Kami akan berunding tentang kontrak baharu tidak lama lagi, tiada tekanan,” kata Raiola kepada Sky Sport Italia.
Kontrak Pogba bakal tamat pada musim panas akan datang, di mana United berpotensi kehilangan khidmatnya secara percuma.
Hubungan antara Raiola dan Solskjaer kelihatan dingin sejak Februari lalu, apabila warga Norway itu mendakwa dia yang akan menentukan masa depan Pogba dan bukannya ejen tersebut.
Raiola kemudiannya membalas kembali kenyataan pengurus itu dengan memberitahu media: “Paul bukan milik saya dan sudah tentu bukan harta Solskjaer, Paul adalah Paul Pogba.
“Anda tidak boleh memiliki manusia untuk satu tempoh yang lama di United Kingdom ataupun di tempat lain.
“Saya berharap Solskjaer tidak mencadangkan bahawa Paul merupakan tahanannya.”
Pogba kini bercuti sebaik musim bersama United berakhir, dengan rundingan berhubung perjanjian baharunya dijangka akan bermula sebaik pemain itu pulang. – Mirror UK – SM

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button