Nasional

Dua adik Datuk Nicky antara 14 didakwa terlibat jenayah terancang

DUA adik kepada penjenayah dikehendaki, Datuk Seri Nicky Liow, empat warganegara China merupakan antara 14 orang yang  didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan terlibat dengan kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’.

Dua adik-beradik ahli perniagaan dalam buruan itu ialah Datuk Liow Wei Kin dan Datuk Liow Wei Loon.

Nicky dan isterinya Niu Zhe turut tersenarai sebagai tertuduh ke-14 dan ke-16 tetapi kedua-duanya masih dalam buruan.

Antara yang didakwa hari ini ialah Lee Han Keat, Lee Kam Onn, Datuk Lee Kum Wong, Eee Eng Chee, Dr. Jovian Joris Tan Chern Chian, Datuk Loo Siew Chin, Lim Kang Li, Datuk Seri Andrew Lim Kim Ming.

Empat warga China iaitu Huang Lei dan isterinya, Wang Yu Jun, Gu Xing Qiong serta Jiang Xue turut didakwa.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, 13 tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ antara 1 Januari 2017 dan 20 Mac lalu di kawasan Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Puchong.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574). Ia boleh mengenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Hakim Jamaludin Mat menolak permohonan semua tertuduh untuk dibebaskan dengan jaminan.

Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan bagi mendapatkan izin memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

(Visited 841 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button