Politik

PN Punyai Azam & Iltizam Untuk Bangunkan Malaysia Termasuk Johor – Dr. Radzi Jidin

Pelancaran Perikatan Naisonal (PN) negeri Johor menyaksikan Bersatu, Pas dan Gerakan bergabung aspirasi di bawah satu lambang dan menawarkan perubahan kepada rakyat Johor menerusi pilihan raya negeri (PRN).

Ujar Naib Presiden Bersatu, Dr. Radzi Jidin, beliau yakin PN boleh menawarkan perubahan kepada tadbir urus negeri Johor berpaksikan nilai, etika, akhlak dan integriti yang tinggi.

“PN adalah satu gabungan luar biasa yang mempunyai azam dan iltizam bukan setakat di Johor tetapi mahu membangunkan Malaysia menjadi negara yang lebih berjaya dan berdaya saing jika dipilih rakyat menjadi kerajaan pada PRN dan PRU akan datang.

“InsyaAllah, percaturan politik PN akan sentiasa berpaksikan prihatin rakyat. PRN Johor akan menjadi pemula kepada gerakan pembaharuan yang dibawa Perikatan Nasional,” tulis Radzi dalam Facebook miliknya.

Radzi berkata demikian selepas pelancaran PN Johor disempurnakan Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti.

“Kepada rakyat Johor, manfaatkanlah peluang PRN kali ini untuk bersama-sama Perikatan Nasional mencipta perubahan ke arah Johor yang lebih sejahtera,” ujar Radzi dalam coretannya.

(Visited 356 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button