Parlimen

Hampir 100,000 hilang pekerjaan dalam tempoh 11 bulan

SEJUMLAH 99,696 orang rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dari Januari hingga 27 November lalu.

Timbalan Sumber Manusia Awang Hashim berkata, jumlah tersebut direkodkan dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurutnya, daripida jumlah tersebut 70 peratus daripadanya merupakan mereka yang tergolong kumpulan B40 atau mereka yang bergaji di bawah RM4,000.

“Antara sebab-sebab kehilangan pekerjaan adalah penutupan perniagaan, pengecilan tenaga kerja, skim pemisahan sukarela, pemberhentian kerja secara wajib, syarikat mengalami masalah kewangan kritikal, penutupan separa, pengambilalihan syarikat dan penempatan semula syarikat,” terang Awang.

Menurutnya, mengikut data SIP sehingga 27 November lalu bilangan kehilangan pekerjaan melibatkan kategori pengurus ialah seramai 13,109 orang.

Sementara pembuangan kerja kategori profesional melibatkan 26,079 orang dan bagi kategori juruteknik dan profesioal bersekutu adalah seramai 19,095 orang.

Beliau menjawab soalah Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran (DAP) beliau ingin mengetahui mengapa seramai 81,217 orang pekerja masih hilang pekerjaan seperti yang dicatatkan pangkalan data SIP
setakat 25 September 2020 walaupun Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) telah dilaksanakan oleh Kerajaan.

Beliau juga ingin mengetahui mengapa Program Subsidi Upah gagal menyenaraikan pekerja golongan pengurusan sebagai penerima subsidi upah sedangkan statistik menunjukkan secara jelasnya bahawa 59 peratus kadar pengangguran membabitkan kalangan pekerja yang berkemahiran tinggi.-SM

 

 

 

 

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button