BeritaNasional

Polis siasat perhimpunan bekas anggota PKM

KETUA Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof memaklumkan sedang menyiasat perhimpunan membabitkan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang hari ini.

Dilaporkan kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dan berhimpun melibatkan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang.

Perhimpunan itu dianggap sebagai perjumpaan yang bersejarah sehari sebelum ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Antara yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu dan veteran PKR Syed Hussin Syed Ali.

Perjumpaan berkenaan dikatakan bermula pada pukul 10.15 pagi tadi dengan ucapan daripada beberapa bekas anggota PKM dan Ronnie.

Menurut salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu, perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah mereka tetapi juga untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka.

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button