Alam SekitarLuar Negara

Buat azimat daripada sisa plastik, beri insipirasi untuk kitar semula

BERHARAP dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Thailand untuk mengitar semula sisa plastik, dua syarikat tempatan telah bekerjasama untuk membuat azimat Buddha dengan menggunakan sembilan jenis bahan kitar semula daripada botol plastik hingga nilon daripada jaring ikan.

Thailand yang kebanyakkan rakyatnya beragama Buddha dianggarkan menjadi penyumbang plastik kelima terbesar kepada lautan dunia, menurut laporan daripada kumpulan Ocean Conservancy yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

“Idea azimat plastik adalah hasil daripada pencarian hubungan alam sekitar dan budaya Thai,” kata Krit Phutpim, pengarah di Dots Design Studio, salah satu syarikat di sebalik projek yang dilancarkan pada pameran minggu reka bentuk Bangkok.

Menurut Reuters, azimat Thai dengan imej Buddha sangat popular di negara Asia Tenggara dan ramai berharap ia akan meningkatkan kerohanian mereka dan membawa nasib baik kepada mereka.

Azimat Buddha yang dilancarkan minggu ini mempunyai perkataan Thai untuk ‘kesedaran’ di belakang untuk mengingatkan orang ramai supaya sedar bahawa penggunaan harian mereka tidak boleh membahayakan alam sekitar, kata Teerachai Suppamateekulwat, pengasas syarikat lain di sebalik projek Qualy Design.

Azimat yang telah diberkati oleh sami, diedarkan sebagai pertukaran untuk sekurang-kurangnya 1kg plastik atau minimum 100 baht (RM12) untuk setiap azimat dengan wang yang disalurkan kepada pelbagai badan amal.

Projek itu telah menimbulkan beberapa kontroversi di media sosial, dengan persoalan mengenai sama ada azimat harus dibuat daripada bahan kitar semula.

Biasanya azimat diperbuat daripada bahan seperti tulang, kayu atau logam. Ia mungkin mengandungi, sebagai contoh, abu daripada kemenyan yang dibakar di kuil atau rambut daripada seorang sami yang dianggap dapat meningkatkan lagi kuasa pemakainya.

Bagi seorang pengunjung pameran, idea untuk memberikan bahan kitar semula sebagai kegunaan baharu menarik perhatiannya kepada azimat itu.

“Saya bawa 1.8kg botol plastik. Saya mahu memberikannya kehidupan baharu,” kata pengunjung pameran, Paramapon Suthichavenkul, 33 tahun. – SM

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button