Jenayah

Dua mayat berbungkus kanvas ditemukan di tepi jalan

DUA mayat dipercayai dibunuh ditemukan orang ramai di tepi jalan di Kampung Ujong Padang, Cheng, Melaka pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis telah dimaklumkan oleh orang awam apabila menjumpai dua bungkusan kanvas yang berikat di dalamnya ada tubuh manusia kira-kira pukul 9.00 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan awal tubuh pertama lengkap berpakaian berbaju t/shirt ditemui berada di dalam kanvas yang telah diikat dengan kabel tie dan tali.

Beliau berkata, tubuh kedua pula ditemui dalam kanvas yang terletak bersebelahan tubuh pertama tidak berpakaian dan hanya berseluar jeans pendek.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-dua mayat berkenaan. Kedua-dua mayat adalah lelaki.

“Kita percaya kedua-dua mangsa telah dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dicampak berhampiran timbunan sampah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Christopher berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti sebenar simati.

Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman bunuh.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar kerana dikhuatiri menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Beliau berkata, jika sekiranya ada mana-mana pihak mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhather Abd. Kudus di talian 013-2884878 atau Bilik Gerakan IPD Melaka Tengah di talian 06-2841999. – SM

BACA Mayat remaja yang dikhuatiri lemas di Bentong ditemui

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button