Agama

Faidur Rahmah masjid pertama di Malaysia dengan ciri-ciri Masjid Nabawi

MASJID Faidur Rahmah yang terletak di Kampung Penchala, Kuala Lumpur merupakan masjid pertama di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi di Madinah.

Menurut pengasas Faidur Rahmah, Datuk Abul Hassan Mohamed Rashid, berkata masjid yang juga pusat pembangunan Islam itu diilhamkan dari Masjid Nabawi serta masjid-masjid di Tarim, Yaman.

Jelasnya, pembinaan bagunan itu dicadangkan ulama berpengaruh dunia Habib Umar Muhammad yang memiliki salasilah keturun Nabi Muhammad SAW.

“Tempat ini menjadi salah satu lokasi Habib Umar menyampaikan ilmu agama ketika menjelajah ke Asia Tenggara, di situ saya mendapat ilham untuk mengimarahkan lagi supaya Islam berkembang di tempat ini.

“Faidur Rahmah akan mengadakan majlis ilmu setiap bulan terbuka untuk semua dipimpin oleh Habib Ali Zainal Abidin.

“Faidur Rahmah salah satu masjid di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi di Madinah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perasmian masjid berkenaan disempurnakan Habib Umar yang juga Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa, Tarim, Yaman dalam satu majlis yang diadakan semalam.

Mengambil inspirasi Masjid Nabawi
bangunan ini siap dibina pada tahun 2022 dan boleh memuatkan lebih 1000 jemaah dalam satu masa.

“Faidur Rahmah menjalankan Majlis Ilmu secara mingguan dipimpin oleh Habib Ali Zainal Abidin Abu terbuka untuk muslimin dan muslimat. Metod pengajian ilmu di Faidur Rahmah menyambung mata rantaian akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Dalam pada itu Abu Hassan berkata salah satu keistimewaan masjid berkenaan adalah muzium yang menyimpan khazanah Nabi Muhammad SAW.

“Tarikan utama tempat ini adalah muzium yang menyimpan khazanah barangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan barang-barang peninggalan ulama terdahulu.

“Muzium di masjid ini mengumpulkan banyak khazanah Islam yang cukup bernilai,” katanya

(Visited 501 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button