Politik

PN BEST tawaran yang boleh dilaksanakan – Muhyiddin

MANIFESTO atau disebut sebagai Tawaran Perikatan Nasional (PN) BEST yang mengandungi 12 Tunjang, 30 Pendekatan dan 234 Tawaran adalah tawaran yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh PN sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian dalam ucapan beliau sebelum menyempurnakan Majlis Pelancaran Tawaran PN BEST di Glenmarie, Shah Alam, Selangor, malam ini.

Muhyiddin berkata, Tawaran PN BEST diteliti dan diadakan perbincangan oleh satu Jawatankuasa Khas yang di Pengerusikan oleh Datuk Dr Radzi Jidin.

“Tawaran ini kita teliti keperluan utama rakyat dan jika PN menang pada PRU dan dapat dibentuk Kerajaan selepas 19 November ini, keutamaan kita, dalam mesyuarat pertama Kabinet ialah soal bread and butter.

“Soal ekonomi rakyat dan kos sara hidup yang meningkat, isu pendapatan, inflasi dan peningkatan harga barang juga diutamakan,” katanya.

Katanya, kenaikan harga barang disebabkan oleh beberapa faktor termasuk gangguan bekalan dan kos bahan import yang tinggi.

“Jika bekalan tidak mencukupi atau kos import meningkat maka harga akan naik.

“Jadi untuk mengatasi isu kenaikan harga barang, kerajaan mesti meliha isu gangguan bekalan dan kos import dengan lebih serius terutama sekali dalam keadaan nilai Ringgit jatuh menjunam berbanding matawang utama dunia yang lain terutamanya USD atau Dollar Amerika,” katanya.

Isu kekurangan tenaga kerja yang menjejaskan produktiviti dan mengganggu rantaian bekalan juga dilaksanakan segera, katanya.

Perincian 12 Tunjang dijelaskan satu persatu oleh Muhyiddin. – SM

 

(Visited 776 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button