Politik

Najib Razak tanya adakah Tun M akan minta maaf?

ISU pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditiupkan dalam kempen politik dengan pelbagai tuduhan kini hangat kembali.

Ia susulan Mahkamah Persekutuan menetapkan, bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri, bersalah dalam kes tersebut.

Bagaimanapun, sebelum ini sentimen kes berkenaan dimainkan pelbagai pihak sebagai modal politik termasuk kempen menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Namun, keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini seperti membuktikan modal politik yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab itu adalah bersifat fitnah.

“Tertanya-tanya juga jika bekas PM (Perdana Menter) dua kali yang pernah fitnah saya secara terbuka sebagai pembunuh dan penzina akhir tahun lepas akan minta maaf atau tidak?

“Isu ini dimainkan sebagai berita sensasi muka depan untuk hampir semua surat khabar tempatan pada masa rejim ‘Gagalkrasi’ itu.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas keputusan daripada lima hakim yang mengadili rayuan Azilah di peringkat Mahkamah Persekutuan hari ini.

Azilah dan seorang lagi anggota polis, Sirul Azhar sebelum ini dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2013 namun kes berkenaan dirayu ke peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Antara bentuk fitnah yang diterima Najib Razak seperti dakwaan mengatakan beliau terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Malah, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor turut dikatakan terlibat dalam pembunuhan Altantuya kerana kematian model itu melibatkan penggunaan bahan letupan.

Sentimen tersebut terus dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melemparkan pelbagai tuduhan bermotifkan politik kepada BN khususnya Najib Razak.

Sementara itu, Najib Razak dalam kenyataan berasingan hari ini mengharapkan kebenaran akan ditegakkan berhubung fitnah dihadapinya itu.

“Apa yang saya boleh beritahu ialah sebelum Azilah keluarkan SD (akuan bersumpah) tersebut, peguam saya sudah diberitahu oleh orang dalaman bahawa seorang VVVIP tertentu telah bertemu dengan Azilah.

“Namun apabila ditanya oleh wartawan, PM7 (Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad) hanya senyum sahaja.

“Selepas itu, PEJABAT PM7 pula keluarkan kenyataan media bahawa PM7 bukanlah VVVIP tersebut.

“Ini bermaksud, PM7 tak pernah nafi (dia senyum je) tapi PEJABAT PM7 yang menafi.

“Tak apalah. Siapa VVVIP tersebut, dia tahu lah dan kita pun bukan seperti dia yang sering membuat tuduhan tanpa bukti kukuh walaupun dia pernah menggelar saya sebagai penzina dan pembunuh secara terbuka.

“Mana tahu? Mungkin satu hari nanti, kebenaran akan akhirnya diketahui umum,” katanya. – SM

(Visited 8,499 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button