Nasional

PM ziarah Sulatan Brunei sebelum baginda berangkat pulang

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail telah menziarahi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sulan Brunei sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan.

“Petang tadi (semalam) saya dan Azizah berkesempatan menziarahi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan.

“Alhamdulillah, Baginda Tuanku berada dalam keadaan baik dan proses pemulihan berjalan lancar selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) tempoh hari.

“Semoga Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam,” katanya dalam hantara di X. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button