EkonomiNasional

PM umum harga ayam standard turun 20 sen

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen.

Ia diturunkan daripada harga siling ditetapkan kepada RM8.90 bermula 5 Febuari hingga 5 Jun depan.

Pada masa kata beliau, harga telur ayam bagi semua gred pula kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

Kerajaan juga katanya, akan memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM.

“Perincian subsidi ini akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persatuan pengguna hingga harga kembali stabil.


“Permit import ayam bulat dibuka kepada semua pemegang Permit Import (AP) ayam berbanding sebelum ini mereka hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain.

“Mesyuarat juga bersetuju AP ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar (hypermarket),” katanya dalam kenyataan  selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan untuk membincangkan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutama ayam dan telur ayam di Putrajaya hari ini.

Mesyuarat khas itu turut dihadiri Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Ismail Sabri berkata, mesyuarat itu turut mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.

“Mesyuarat turut meminta Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam’.

“Langkah jangka panjang turut dibincangkan antaranya menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjadikan isirong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya sebagai makanan ayam,” katanya. – SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button