Negeri

Tulisan Jawi: Rumah ibadat bukan Islam sahaja dikecualikan

Pengecualian arahan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda di Pahang hanya untuk rumah ibadat bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Abd Rahim Muda.

Sehubungan itu, beliau berkata arahan menggunakan tulisan Jawi di papan tanda premis perniagaan dan papan iklan serta tanda jalan mulai 1 Jan lepas adalah terpakai kepada semua, termasuk premis milik badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan Cina.

“Kita mahu menjelaskan bahawa tulisan Jawi bukan melambangkan Islam, tetapi adalah budaya Melayu dan budaya Arab. Malah perjanjian di antara kerajaan dahulu dengan pihak British juga dibuat menggunakan tulisan Jawi.

“Seharusnya tiada lagi kekeliruan berhubung isu Jawi timbul di peringkat ini, kerana sudah dimaklumkan bersama dengan syarat dan saiz tulisan itu. Cuma antara mahu atau tidak sahaja untuk melakukannya,” katanya.

Abd Rahim berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini, bagi menjawab soalan Lee Chin Chen (PH-Bilut) yang ingin tahu sama ada NGO serta bangunan kesatuan Cina dikecualikan daripada kewajiban memasang papan tanda bertulisan Jawi.

Mengulas perkembangan berkaitan, Abd Rahim berkata sebanyak 198 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri kepada pemilik premis perniagaan kerana gagal mematuhi syarat berkenaan, setakat 30 Sept lalu.

Majlis Perbandaran Kuantan mencatatkan bilangan kompaun paling tinggi iaitu 115, selain daerah Bentong, Maran, Rompin dan Raub.

Daerah lain tiada kompaun selepas pihak terlibat melakukan tindakan sewajarnya selepas menerima notis, katanya.– Bernama

(Visited 738 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button