Luar Negara

Perintah berkurung di Jeddah selama 15 hari bagi bendung Covid-19

KERAJAAN Arab Saudi mengumumkan sekatan perjalanan selama 15 hari di Jeddah bagi membedung penularan Covid-19.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan sekatan itu bermula pada Sabtu hasil daripada penilaian situasi kesihatan di bandar raya itu oleh pihak berkuasa.

Perintah berkurung di Jeddah akan bermula pada pukul 3 petang hingga 6 pagi bermula Sabtu dan semua masjid akan ditutup semula.

Kakitangan awam dan sektor swasta di bandar raya itu tidak perlu di pejabat.

Restoran juga tidak dibenarkan beroperasi dan berhimpun melebihi lima orang tidak dibenarkan sepanjang tempoh itu.

Bagaimanapun penerbangan tempatan dan kereta api akan terus beroperasi dan orang ramai boleh keluar masuk ke bandar itu di luar waktu perintah berkurung.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan 2,591 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan 31 kematian. Arab News 

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button