NasionalNegeri

Penduduk bengang, pekerja Pakistan buat kerja separuh jalan

LALANG tumbuh melata dekat sebuah kawasan padang dan taman permainan namun pembersihannya tidak dilakukan sampai habis menyebabkan kawasan itu kelihatan terbiar.

Hal demikian mengundang kemarahan penduduk Taman Paya Rumput Perdana di Alor Gajah, Melaka apabila kerja-kerja pembesihan kawasan tersebut dilakukan ‘separuh jalan’.

Penduduk di sana memaklumkan, keadaan itu bukan baharu, namun sudah lama dibiarkan.

Malah mereka mendakwa, sekumpulan pekerja warga Pakistan yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya membersihkan sebahagian kawasan sahaja.

“Keadaan padang kami macam ini sudah cukup lama berbulan-bulan. Pekerja Pakistan dalam enam orang ada datang pada hari Rabu dan Khamis untuk memotong lalang.

“Namun, mereka hanya potong sebahagian kecil sahaja, kawasan lain pula dibiarkan lalang itu tumbuh panjang.

“Salah seorang penduduk di kawasan ini adalah berasal dari Amerika Syarikat (AS), mereka terkejut dengan keadaan padang dengan lalang yang terbiar panjang.

“Aduan sudah dibuat sebelum ini, namun masih tiada tindakan daripada PBT.”

Demikian kata penduduk di sana yang menghantar maklumat tersebut menerusi perkhidmatan pesanan dalam aplikasi Whatsapp.

Selain keadaan lalang yang dibiar tumbuh panjang, kemudahan lain seperti tong sampah juga tidak diuruskan dengan baik.

“Tong sampah pun sudah terlalu lama dibiarkan penuh macam itu. Mereka tidak bersihkan pun, walaupun aduan sudahpun dibuat kepada penyelia mereka,” katanya.

Tidak tahan dengan situasi tersebut, mereka turut menggesa kontrak para pekerja tersebut ditamatkan kerana dipercayai menjalakan tugas sambil lewa.

“Kontrak pekerja Pakistan itu mesti ditamatkan.

“Kami adukan masalah ini di sini (media) kerana apabila membuat aduan kepada SWM (kontraktor pembersihan) tiada tindakan diambil.

“Begitu juga dengan kawasan lain, situasi semua hampir sama lalang dibiar panjang dan tidak dipotong.

“Gambar-gambar yang anda lihat itulah keadaan sebenar. Sudah berbulan keadaan ini dibarkan. Bukan minggu tetapi berbulan!

“Saya minta struktur kerja SWWCorp dan SWM disiasat. Pegawai PBT buat apa?

“PBT sepatutnya menyelesaikan hal ini kerana aduan sudah dibuat,” gesanya. – SM

(Visited 799 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button