Politik

Pelantikan Muhammad Sanusi ikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah

PELANTIKAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu dibuat mengikut Undang-Undang Tubuh Kerjaan Negeri Kedah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, pelantikan itu dibuat di bawah Perkara 35 dan Perkara 37(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Melalui satu kenyataan akhbar Ammar berkaya, Sultan Kedah, Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah juga telah berkenan melantik Muhammad Sanusi bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, pada hemat baginda, Muhammad Sanusi telah mendapat kepercayaan majoriti
ADUN.

“Pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu adalah sebagaimana yang diperuntukkan di
bawah Perkara 35 dan Perkara 37(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.” katanya.

Ammar Shaikh Mahmood Naim

Menurut Ammar, baginda Sultan juga telah mengadakan perjumpaan dengan semua ADUN di negeri ini
pada 15 Mei lalu dan mendapati Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak lagi mendapat
kepercayaan majoriti ADUN.

Berdasarkan itu, baginda telah berkenan menerima peletakan jawatan Mukhriz dan
Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) lain pada hari ini selaras dengan Perkara 37
(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Muhammad Sanusi, 46, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, 3.05 petang ini pada majlis yang berlangsung di Pejabat Sultan Kedah di wisma berkenaan.

Meurut BERNAMA pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu mendapat sokongan majoriti ADUN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) dengan majoriti 2,455 undi.

Terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta selepas kehilangan kepercayaan majoriti ADUN negeri ini.

Mukhriz terpaksa melepaskan jawatan itu selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada ADUN.

Ini ekoran dua ADUN PKR bertindak keluar daripada parti itu dan seterusnya menyatakan sekongan kepada Parikatan Nasional yang menyebabkan Pakatan Harapan turut kehilangan kuasa di Kedah. – SM

(Visited 460 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button