Bola SepakSukan

Akademi bola sepak kembali beroperasi

AKADEMI bola sepak kembali dibuka selepas Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima 41 permohonan di lapan negeri.

Pembukaan itu memeprlihatkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menjadi titik permulaan bagi merancakkan semula sukan bola sepak tanah air.

Lapan negeri dilapor menghantar permohonan pendaftaran akademi iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah.

Meskipun dibenarkan beroperasi semula, pengurusan akademi perlu memastikan operasi prosedur standard (SOP) dipatuhi dalam usaha mencegah jangkitan Koronavirus (Covid-19).

“FAM gembira lihat akademi bola sepak kembali beroperasi mengikut garis panduan ‘Return to Football’

BACA > Covid-19: 19 kes baharu, kes aktif 295 — Suara Merdeka

“Akademi-akademi bola sepak telah pun kembali beroperasi pada hujung minggu ini untuk sesi latihan dijalankan.

“Pemain dan pelatih akademi perlu mengikuti Garis Panduan ‘Return to Football’ yang disyorkan oleh FAM.

“Ini selaras dengan SOPyang dinasihatkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh PKPP.”

Demikan kenyataan FAM dalam Facebooknya yang menyambut baik kebenaran untuk akademi bola sepak beroperasi semula.

BACA > Kos projek landasan berkembar Gemas-JB takkan naik — Suara Merdeka

Dalam pada itu, FAM turut memastikan akademi di bawah naungannya dapat melaksanakan rancangan latihan masing-masing dan tidak ketinggalan walaupun perlu melalui prosedur selamat.

“Sebagai badan pentadbir bola sepak, FAM ingin memastikan bahawa tidak ada akademi-akademi di peringkat akar umbi yang akan ketinggalan.

“Merangkumi garis panduan dan bantuan untuk bermula latihan dan operasi di dalam persekitaran yang selamat.

“Akademi yang masih belum lagi mendaftar boleh mendapatkan lebih maklumat tentang garis panduan dan muat turun fail sumber di laman web FAM,” jelasnya.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/2975224889240922?__tn__=-R

Sejak pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun lalu, beberapa aktiviti sukan dan latihan dibenar untuk diadakan dengan SOP khas.

BACA > Raja Muda Perlis berkenan berangkat berbasikal di Daerah Yan — Suara Merdeka

Selain bola sepak, kerajaan turut mengumumkan latihan renang khusus untuk aktiviti sukan itu dengan beberapa peraturan baharu yang perlu dipatuhi. – SM

(Visited 734 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button