Hiburan

Nak popular kena ada gosip liar-cadangan bodoh

SIAPA sahaja yang mencadangkan kepada seseorang artis agar ada gosip liar semata-mata mahu popular, itu adalah satu idea yang amat bodoh kerana untuk bergelar artis biarlah bersandar pada bakat.

Lontaran untuk tampil dengan gosip liar itu pernah dicadangkan kepada pelakon wanita Uyaina Arshad walaupun ia tidak masuk akal apabila dia diminta konon-kononnya sedang minum di kelab malam.

Secara lojik, ikut akal yang mampu berfikir, dengan penampilan Uyaina bertudung, tak kanlah dia minum di kelab malam.

Semestinya jika cadangan itu diterima pakai oleh Uyaina, tak tahulah nak kata apa!

Segala pencapaian dalam bidang seni Uyaina sehingga ke hari ini adalah atas rezeki dan usaha beliau.

“Saya lega kerana tidak menerima cadangan yang tidak masuk dek akal itu dan saya juga sebelum ini, pernah kena hentam teruk.

“Saya ingat lagi kata-kata berbunyi Uyaina, awak tak popular. Perlu ada gosip liar. Apa kata awak pergi ke kelab malam dan pegang sahaja gelas kemudian berlakon sedang minum.

“Kemudian kita rekod atau ambil gambar, pasti awak terkenal selepas itu,” cerita Uyaina dalam ciapan di Twitter akaun miliknya.

Pendedahan itu dibuat oleh Uyaina hari ini walaupun ia berlaku empat tahun lalu dan ia meninggalkan kesan ke atas dirinya.

Kata Uyaina lagi, yang meninggalkan kesan ke atas dirinya adalah kata-kata yang membuatkan dia merasa satu penghinaan dan merendah-rendahkan dirinya.

“Sebab jika saya ikut dan lakukan apa yang diminta, memang mudah untuk meraih populariti segera namun saya pasti akan sangat kecewa dengan hal tersebut,” ujarnya. – SM

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button