Nasional

PM sangkal dakwaan beliau sedang dirawat di Singapura

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyangkal dakwaan bahawa beliau sedang menjalani rawatan di Singapura.

Menurut Muhyiddn beliau kini sedang menjalani kuarantin di rumahnya di ibu negara dan beliau sentiasa memastikan rancangan menghapuskan wabak Covid-19 terus dilakukan.

“Ada yang mendakwa saya berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan di sana. Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Untuk makluman, saya sedang menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

“Namun dalam keadaan negara masih berperang melawan wabak COVID-19, saya akan pastikan perbincangan merancang strategi melawan COVID-19 mesti diteruskan,” kata Muhyiddin.

Beberapa media sosial termasuk laman Facebook CHE DET Supporters mendakwa mendapat maklumat kononnya Perdana Menteri berada di Singapura bagi menjalani rawatan kanser.

“Mendengar Muhyiddin dimasukkan ke hospital Singapura kerana barah pankreasnya. Dia menggunakan karantina 14 hari sebagai alasan.

“Seperti yang didakwa oleh PM ketika mesyuarat pada hari Rabu lalu, salah seorang kakitangan mengesyaki Covid 19, saya fikir ia adalah satu pembohongan. Mereka akan melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada semua peserta sebelum bertemu. ”

“Marilah kita sama-sama doakan agar Muhyiddin meletakkan jawatan dan bersama dengan keluarga tersayang. Berehatlah Muhyiddin, takkan nak bagi Azmin Sembu*** jadi PM pula kan?  Siapa boleh sahkan berita ni? Benarkah?,” tulis laman Facebook tersebut.

Pada 22 Mei lalu Muhyiddin diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pegawai kanan yang disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342) Muhyiddin perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.-SM

 

 

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button