Ekonomi

Spritzer terima Anugerah Diamond Taste 2022 untuk kali ke-7

KUALA LUMPUR 21 Julai – Pengeluar air mineral terkemuka Spritzer, telah meraih Anugerah Superior Taste 2022 tiga bintang anjuran Internasional Taste Institute, berpangkalan di Brussel.

Anugerah Superior Taste tiga bintang itu merupakan anugerah kali ketujuh yang dimenangi oleh Spritzer sebelum ini.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, ini merupakan kali ketujuh dalam tempoh 10 tahun bagi Air Mineral Semula Jadi Spritzer, yang disumberkan dari akuifer di kawasan tanah tropika yang dilindungi, diberi penarafan tiga bintang yang melayakkannya untuk menerima Anugerah Diamond Taste.

Air Mineral Semula Jadi Spritzer yang kaya dengan silika juga antara hanya 18 produk daripada 2,350 produk F&B tahun ini yang menerima Anugerah Diamond Taste oleh panel profesional pakar ujian rasa.

Spritzer ingin merakamkan penghargaan kepada para pengguna atas sokongan dan kesetiaan mereka bertahun-tahun lamanya ketika Spritzer berusaha mengekalkan kualiti air mineral semula jadinya.

Kami berjanji bahawa ia akan terus menyumbang kepada masyarakat menerusi pelbagai inisiatif dari segi bantuan semasa bencana berlaku sehinggalah program-program kitar semula untuk mencapai masa depan yang lestari” kata Spritzer di sini hari ini.

International Taste Institute merupakan organisasi terdiri daripada chef dan sommelier ditubuhkan pada tahun 2005 khusus bagi membantu syarikat makanan dan minuman (“F&B”) untuk menambah baik kualiti produk mereka menerusi Anugerah Superior Taste tahunan.

Untuk diberi penarafan tiga bintang, produk-produk itu mesti mencapai keseluruhan markah melebihi 90 peratus dan dianggap produk luar biasa oleh 200 anggota juri yang terpilih dari 20 negara berdasarkan pengalaman mereka di dalam bidang ujian rasa.

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button