Nasional

PM rendah hati, luar biasa, kata Veveonah

PELAJAR pintar Universiti Malaysia Sabah Veveonah Mosibin menyifatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai insan yang merendah hati.

Pelajar yang sebelum ini dilanda kontroversi apabila dituduh menipu oleh dua timbalan menteri turut menyifatkan perdana menteri sebagai seorang yang luar biasa.

Pandangan itu dilontarkan oleh Veveonah selepas beliau dan ibu bapanya dijemputan untuk makan malam bersama Muhyiddin baru-baru ini.

“Kekal Hebat! Merupakan penghormatan bagi saya dan ibu bapa saya kerana dijemput untuk makan malam bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8.

“Dia seorang yang rendah hati dan luar biasa. Terima kasih banyak, Tan Sri,” kata Veveonah di Intagramnya.

Sebelum itu tersebar di media sosial gambar Veveonah dan ibu bapanya makan bersama Muhyiddin Mohd. Yassin.

Dalam gambar itu turut kelihatan adalah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Kabinet sebelum itu memutuskan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri terhadap Veveonah Mosibin adalah tidak betul dan tidak wajar.

Kontroversi melibatkan pelajar bijak itu bermula apabila Zahidi dalam perbahasan di Parlimen mendakwa remaja itu tidak menjawab sebarang peperiksaan ketika rakaman video memanjat pokok itu dibuat.

Menurut Zahidi, maklumat yang diterimanya mengenai Veveonah diperoleh daripada Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga timbalan menteri kewangan 1.

Veveonah, dari Pitas, Sabah, menjadi perhatian pada Jun lalu susulan videonya terpaksa memanjat pokok di kampungnya semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik dalam membolehkan beliau menjalani ujian, tular di internet.

Malah gadis itu dan kedua ibu bapanya turut menerima permohonan maaf daripada kerajaan melalui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Sempat bertemu Veveonah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter baru-baru ini.-SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button