Berita

PM Puas Hati Pengoperasian Semula Aerotrain KLIA

SEPANG, 1 Julai 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa puas hati terhadap tahap pengoperasian semula perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mula beroperasi semula hari ini setelah menjalani proses penyelenggaraan dan penambahbaikan menyeluruh.

Beliau berkata demikian selepas meninjau sendiri kemudahan tersebut sebelum berlepas memulakan rangka lawatan rasmi ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil.

“Alhamdulillah, perkhidmatan aerotrain kini kembali beroperasi. Saya berpuas hati dengan tahap pengoperasiannya yang pantas, cekap dan mudah diakses oleh semua,” kata Perdana Menteri.

Menurut beliau, pengoperasian semula aerotrain adalah satu langkah penting dalam memastikan keselesaan dan kelancaran pergerakan penumpang di KLIA yang menjadi pintu masuk utama negara.

Tambahnya lagi, kemudahan ini juga memainkan peranan besar dalam memperkukuh imej KLIA sebagai lapangan terbang bertaraf dunia yang sentiasa mendahulukan keperluan dan keselesaan pengguna.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta semua pihak terlibat atas komitmen berterusan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan lapangan terbang negara.

“Saya yakin dengan usaha sebegini, Malaysia akan terus dilihat sebagai destinasi yang selamat, efisien dan mesra pengunjung antarabangsa,” ujar beliau.

Pelancaran semula aerotrain KLIA ini menjadi simbol komitmen Kerajaan MADANI dalam mempertingkat infrastruktur kritikal negara demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi jangka panjang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button