Nasional

PM peruntuk RM65 juta bantu generasi baharu Felda dan peneroka

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah melaksanakan banyak inisiatif untuk membantu anak-anak peneroka Felda, yang disifatkannya sebagai penyokong setia Barisan Nasional (BN).

Ismail berkata inisiatif sebegitu termasuk projek perumahan generasi baharu serta skim di mana petani generasi kedua Felda boleh memohon lot tanah untuk membina kediaman sendiri.

“Kerajaan melalui bajet 2023 telah membuat peruntukan untuk skim di mana mereka yang tidak mempunyai slip gaji masih boleh mengambil pinjaman perumahan, dengan kerajaan menyediakan jaminan kredit,” katanya.

Dalam bajet 2023, kerajaan berikrar memperuntukkan RM2.6 bilion untuk Felda, Felcra dan Risda sebagai agensi utama yang mengawal selia aktiviti komoditi.

Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM65 juta bagi pelaksanaan lima inisiatif termasuk aspek perumahan.

Selain itu, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diperluaskan kepada pekebun kecil getah FELDA.

Bekas Ahli Parlimen Bera itu juga berkata Felda memberi pinjaman kepada peneroka generasi kedua yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri. Mereka juga layak untuk skim lain di bawah Agrobank.

Ismail berkata BN mendapat sokongan pengundi Felda pada setiap pilihan raya.

“Peneroka Felda generasi baharu juga merupakan penyokong kami dan kami perlu membantu menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi, Felda juga memainkan peranan penting dalam Projek Pembangunan Peneroka (PPP). -SM

 

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button