Nasional

Harga barang turun?

ADAKAH benar harga barang sudah semakin murah?

Ini kerana Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saiffuddin Nasution Ismail mendakwa Indeks Harga Pengguna (IHP) turun.

Menurut beliau, perbandingan dibuat pada 2014 sehingga 2019 dan mendakwa sejak Pakatan Harapan memerintah barang menjadi semakin murah.

“552 barangan utama pengguna dari tahun ke tahun, jauh lebih rendah sejak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Contohnya, IHP bagi tahun 2014 adalah 3.2%, 2015 dan 2016 adalah 2.1%, 2017 (3.7%) manakala IHP jatuh kepada 1.0% (2018) dan 0.7% (2019).

“Malah, kadar IHP 0.7% tahun 2019 adalah paling rendah sejak 2009,” katanya

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya baru-baru ini.

[BACA ARTIKEL] Harga kereta semakin naik – Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Kenaikan harga bawang sehingga RM24 sekilogram disiasat – Saifuddin Nasution – Suara Merdeka

SAIFUDDIN membuat lawatan dekat sebuah pasar baru-baru ini bagi meninjau pelbagai masalah peniaga termasuk isu harga barang.

Menurut Saifuddin, laporan tersebut merupakan hasil kajian yang dijalankan Jabatan Perangkaan.

Tambahnya, penurunan IHP itu turut disumbang beberapa faktor termasuk pengenalan pas pengangkutan awam My50 dan My100.

“Ini menunjukkan kejayaan usaha Kerajaan seperti menstabilkan harga minyak, memansuhkan GST dan banyak lagi.

“Kerajaan melalui Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) diterajui KPDNHEP akan mempertingkatkan usaha mengawal kos sara hidup,” ujarnya. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button