BeritaRencah Hidup

Maskot BoBoiBoy hiburkan murid SK Cyberjaya

IMEJ wajah anak-anak menangis pada hari pertama ke sekolah semakin terpadam, diganti dengan wajah ceria anak-anak kecil berkenaan yang baru melangkahkan ke alam persekolahan, dek kerana kreativiti ibu bapa serta guru dalam memeriahkan hari yang bersejarah itu.

Bagi murid-murid SK Cyberjaya hari pertama mereka sangat ceria kerana disambut dengan maskot kartun Boboi.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan, Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, usaha itu adalah bagi menggembirakan anak anak terutama yang baru memasuki alam persekolahan dan ia ditaja oleh seorang daripada ibu bapa.

Menurut Karim, ia juga sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab kemasyarakatan Team Animonsta yang berpangkalan di Cyberjaya.

Maskot berkenaan datang ke SK Cyberjaya sebelah petang untuk meraikan pelajar Tahun 1 terutamanya serta Tahun 2 dan 3.

(Visited 854 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button