Politik

Syafie PM, Anwar TPM 1, Mukhriz TPM 2 hanyalah sebagai pilihan

CADANGAN untuk mencalonkan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai perdana menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon timbalan perdana menteri 1 dan Datuk Seri Mukhirz Mahathir sebagai timbalan perdana menteri 2 hanyalah sebagai pilihan.

Dalam kenyataan bersama, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, cadangan itu masih perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah dan DAP serta Pakatan Harapan (PH).

“Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengambil maklum kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pertemuan tidak rasmi dua hari yang lalu dan cadangan untuk menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri.

“Amanah dan DAP berpandangan ia sebagai suatu opsyen baharu untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan dan Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Walaubagaimanapun, cadangan tersebut perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama,” kata mereka.

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir hari ini mendedahkan bahawa cadangan menamakan Mohd Shafie turut dipersetujui beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan lain.

Dr Mahathir berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal pada 25 Jun lepas di Rumah Tamu Sabah, Kuala Lumpur, antara Shafie, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Selain itu, beliau berkata, mereka turut bersetuju menamakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan anak beliau Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.-SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button