Rencah Hidup

Dangkal…rakam video lagi ramai-ramai jamah kambing bakar

SUDAH masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19 namun
segelintir rakyat Malaysia masih berdegil enggan mematuhinya.

Sama ada mereka dangkal dengan arahan ini atau sengaja mahu popular dengan cara melanggarnya.

Di Kedah, dikatakan berlaku di satu lokasi di Kota Setar, seorang pemuda tanpa rasa bersalah membuat rakaman video memperlihatkan satu majlis kenduri dengan para tetamunya asyik menikmati daging kambing.

Video itu tular di laman sosial setelah tersebar dalam aplikasi WhatsApp.

Setakat hari ini wabak COVID-19 mengorbankan dua mangsa di negara ini, dengan angka mereka yang dijangkiti dipercayai melepasi 1,000 orang.

Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini menyifatkan mereka yang enggan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut sebagai melakukan dosa.

Menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, Asri berkata ini kerana dalam agama Islam sendiri turut menyatakan mengenai kepentingan memelihara nyawa sendiri serta orang lain.

“Orang-orang yang degil enggan mematuhi arahan kerajaan untuk berada di kediaman masing-masing sebenarnya melakukan dosa.

“Mereka melanggar arahan pemerintah yang bertujuan untuk keselamatan mereka.
“Allah dan rasulnya menyuruh kita mentaati pemerintah dalam perkara yang tidak maksiat atau dosa.
“Inikan pula dalam perkara yang memang disuruh oleh agama untuk kita lakukan iaitu menjaga nyawa sendiri dan nyawa orang lain. Perbuatan ingkar tersebut berdosa di sisi Allah,” katanya. – SM

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button